1 KESALAHAN BESAR RAMAI TAK TAHU KETIKA BERDIET

Tuesday, 22 January 2019



Mula-mula sekali.
Khayla ucapkan tahniah pada anda yang akhirnya bertindak memilih untuk turunkan berat badan melalui diet.


Bukan senang sebenarnya nak mengubah sesuatu kebiasaan. 
Ye lah, daripada selalu asyik makan...makan... dan makan... anda pilih untuk korbankan cinta makan yang bertahun lama sebati dalam diri.


Ibarat minta putus cinta dah gayanya.
Putus cinta pada makanan.


Tapi, dalam cubaan untuk kurus ni.
Khayla yakin ramai percaya, badan akan lagi cepat kurus dengan kurang makan. Lagi bagus kalau tak makan terus. Adakah anda salah seorang yang percayakan kenyataan ni?


Terima kasih sebab jujur pada diri sendiri.


Tapi sebenarnya...
Kalau itulah yang anda fikir?
Sebenarnya anda sedang buat kesilapan yang sangat besar.
Dan realitinya anda sedang sabotaj diet anda.
Anda sedang musnahkan badan anda!


Di mana yang dikatakan salah satu kesilapan besar???


Jawapannya adalah....


BILA ANDA TAK CUKUP MAKAN

atau

KURANGKAN MAKAN SECARA MENDADAK!

Wajar ke tak perlu makan semata-mata nak kurus?


Anda tertanya-tanya kenapa & apa alasannya?


Sebenarnya.


Dalam proses menurunkan berat badan, fokus untuk kurangkan sepatutnya ialah lemak-lemak berlebihan di dalam badan. Tetapi, apabila badan tidak mendapat makanan yang secukupnya? 


Bukan lemak yang berkurangan, sebaliknya yang semakin hilang dan berkurang ialah air & otot dalam badan!


Kesannya?


Berat badan akan lebih cepat naik bila anda mula makan & minum seperti biasa.   


Susah payah anda bertahan lapar selama ni akan cuma menjadi sia-sia.


Paling merisaukan, dengan cara langsung bila tidak makan... akhirnya... anda tewas bila terlalu lapar. Sekuali makanan pun nanti dah rasa cuma macam kuantiti makanan sepinggan. 


Pastinya anda tak mahu ianya berlaku pada anda, bukan?


Anda nak berdiet tanpa perlu berlapar dengan cara yang lebih selamat & berkesan?


Terus ikuti khayla di facebook page: 

Khayla Jayyid 
@khaylajayyid.page


Pelbagai perkongsian tips, info & pengalaman yang akan khayla kongsi demi membantu anda merealisasikan misi kurus anda.





1 comments:

  1. betul tu.. x boleh terus mendadak kurangkan portion makanan. kita da selalu makan bnyk ttb kurang terkejut badan. ni apa yang akak buat.
    dulu makan 30suap.. lepas 2 minggu kurangkan 5 suap jadi 25.. then another 2 weeks lagi 5 sampai jadi 15-20 suap. slowly but surely daripada terus menurun.. lembik jadinya.

    ReplyDelete

 
Copyright © KHAYLA JAYYID | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in