RAHSIA HILANG HAMPIR 30 KG, KAWAL SELERA

Saturday, 23 February 2019

Kalau diimbas semula.


Sebenarnya sangat jelas apa yang berlaku pada saya hampir 25 tahun yang lepas.


Waktu tu, dalam usia saya sekitar darjah 3.


Betapa saya sangat mula perasan layanan 'tak mesra' daripada orang-orang yang terdekat saya.


Kadang-kadang puas saya tertanya-tanya diri sendiri.


"Kenapa aku seperti dibenci, macam sengaja dielakkan? 
Seolah-olah kewujudan aku tak disedari? 
Terutama daripada orang-orang yang aku ingin berbaik dengannya?
Apa salah aku?"


Ternyata.
Walaupun ketika dalam usia masih kanak-kanak, 
emosi tetap masih senang untuk terganggu/tercalar kerana hal yang berlaku di sekeling. 


Antara kata-kata yang menyedarkan saya ialah bila terima kata-kata seperti:


"Awak ni besar sangat. Rimaslah saya nak layan awak." - keluhan secara tiba-tiba daripada orang yang saya ingin berbaik.


"Tengoklah. Kat sini, awaklah orang paling gemuk" - kadang saya sendiri tak faham kenapa isu saya gemuk selalu dibangkitkan & menjadi fokus.


"Yang gemuk tak boleh main ni. Sebab nanti susah kumpulan kita nak menang" - maka, saya memang sering dikecualikan dalam aktiviti-aktiviti tertentu. 


Apa yang paling buat saya termakan hati? 
Dikalangan ahli keluarga sendiri tak senang dengan keadaan saya yang gemuk.


Isu gemuk selalu dijadikan bahan lawak spontan. 
Atau memang sengaja di ulang-ulang sebut dengan niat untuk menyakitkan hati. 


Biasalah, bila kudrat badan dah tak seberapa nak bergaduh . 
Mulut yang laser boleh jadi peluru yang "membunuh" keyakinan diri.


Menangis beb!


Sebenarnya bukan saya tak tahu saya gemuk. 
Bukannya saya tak tahu, waktu tu, dalam 6 adik beradik saya? 
Yang lain semua berbangga tengah lalui zaman slim. 


Gemuknya saya sehingga saya disalaherti  seorang berstatus makcik oleh seorang pelajar lepasan universiti, tanpa sedar usia saya baru cecah 10 tahun.


Bengang.
Malu.
Sedih.


Rasa hati nak meraung, nak lari jauh-jauh.


Apalah daya saya waktu tu?


Terlajak perahu boleh diundur.
Terlajak makan banyak sejak kecik?
Aduduhai...


Kalau boleh, nak jadi kurus cepat-cepat.
Tapi... masa tu, saya tak tahu cara untuk kurus.


Nak dijadikan cerita, cikgu kat sekolah bagitau pada keesokannya akan ada check up kesihatan, termasuk kira berat & tinggi.


Bermula balik sekolah hari tersebut, saya tak makan. Mengharapkan badan lebih ringan sewaktu medical check up keesokannya.


Pakai logik apa pun tak tahu.
Ingat, dengan lemak yang lama menternak dalam badan boleh hilang dalam masa satu hari?


Akhirnya...
Dalam pemeriksaan kesihatan.
Tahulah saya.


Di usia darjah 6.
Dengan ketinggian 149cm.
Memang agak tinggi dari kebanyakan rakan sebaya.
Berat badan saya pula sikit lagi nak cecah 70kg! (Paling berat)


Saya mula sedar betapa gemuknya saya.
Padahal, ramai di kalangan kawan sebaya waktu tu cuma sekitar 40kg ke bawah.


Bila meningkat sekolah menengah, saya mula laksana strategi untuk kurus.


Tapi...
Tuan-tuan & puan-puan sekalian.
Misi untuk kurus saya adalah misi paling sukar untuk seorang yang berselera makan besar seperti saya.


Derita emosi, bila tiba-tiba kurang makan.
Terseksa fizikal, bila paksa diri tak makan.


Bukan sehari saya "berperang" dengan diri sendiri. Semata-mata nak kurus. Bukan sebulan. Bukan setahun. Bukan 10 tahun.


Tapi, sepanjang waktu & ketika.
Hampir seluruh usia hidup saya.


PERIT.


Sebab tu, saya berjanji pada diri sendiri.
Walaupun suatu hari nanti dah kurus?


Saya takkan sesekali perlekeh orang-orang yang berbadan besar atau gemuk.


Saya takkan sesekali menjadikan kelebihan berbadan kurus untuk sesuka hati mengejek atau merendah-rendahkan orang yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. 


Sebab saya sangat memahami keadaan itu. Saya dah terlalu lama melalui saat-saat sukarnya kawal berat badan.


Betapa tersangat payah untuk kawal selera makan.


Tapi, ternyata.
Untuk kurus & maintain kurus itu sebenarnya tak mustahil.


Saya dapat saksikan sendiri bagaimana orang-orang yang sering mengejek saya dulu, kini, berbalik kepada diri masing-masing.


Walaupun itu yang berlaku?
Saya sesekali takkan mengungkit atau bertindak untuk membalas ejekan yang lama.


Kerana itu jadi satu pengajaran besar dalam hidup. 
Bahawa, seringkali... apa saja keburukan yang kita kata pada orang? 
Sama ada kenyataan betul atau salah?


Percayalah.
Dengan mudahnya.
Perkara buruk itu boleh berbalik kepada kita sendiri.


(Hidup yang ini penuh keadilan.
Kerana ditadbir Yang Maha Adil)


Paling menakutkan?
Kadang-kadang bila ia tak berbalik semula pada kita? 
Kemungkinan yang besar, ia akan menimpa pula pada orang-orang yang kita sayang.


Pasti kita tak mahu ia berlaku, bukan?


Apa yang saya paling syukurkan kini ialah, saya dapat maintainkan berat badan tanpa perlu rasa 'terseksa' akibat cubaan untuk kurus.

(Boleh layari Facebook Page Khayla Jayyid untuk perkongsian yang lebih detail)




Kini, saya dah bertemu 'formula terbaik' untuk mengawal selera makan, tingkatkan tenaga & sekaligus mengelakkan rasa cepat lapar :)


Dan antara misi tertubuhnya Facebook Page: Khayla Jayyid adalah untuk memembantu mereka-mereka yang mengalami masalah yang sama yang saya pernah lalui.


Bagi yang betul-betul berminat untuk dapatkan tips & panduan dari saya sendiri.

Boleh terus tekan link whatsapp:




p/s: anda akan berpeluang mendapat FREE E-BOOK: Inspirasi & Tips Kurus Dengan Kawal Selera Makan.


Yang benar,
Khayla Jayyid



KERANA BERBADAN GEMUK, JODOH MENJAUH?

Wednesday, 20 February 2019



Saya masih ingat lagi.


Ketika kawan-kawan sebaya... 
Dah pun mula pandai usik mengusik & bercerita tentang 'kekasih'?


Pada saat kawan-kawan sepermainan... 
Ajak main sanding-bersanding?


Fikiran & hati saya sementah-mentahnya menolak idea sebegitu.


Di depan, saya menunjukkan reaksi geli geleman.


Tetapi, hakikat sebenarnya di dalam kepala saya? 
Saya berasa sangat mustahil untuk berpeluang lalui saat-saat itu.


Saya menjangkakan... 
Tak akan ada lelaki yang akan tertarik dengan saya. 
Takkan ada yang boleh menganggap saya sebagai perempuan yang disukai.


Bayangkanlah.


Sewaktu kawan-kawan perempuan di sekolah sibuk menerima & membalas surat daripada peminat dikalangan lelaki. Yang suratnya sengaja diletakkan di dalam laci meja belajar di dalam kelas? 


Saya pula selalu mendapat ejekan.
Malah dijadikan bahan gurauan dikalangan sebahagian lelaki.


Syukurnya waktu tu, perangai tomboy saya agak terserlah. 
Walaupun di hati terasa agak pedih, saya membalas ejekan itu dengan gelaran yang mereka juga tidak suka. 


Kebudak-budakan sangat.
Lagipun tak ada siapa pun yang saya suka lebih dari kawan.


Eh, tak kuasalah!


BERJANJI UNTUK TIDAK BERKAHWIN


Saya tak berapa pasti kenapa.
Pernah, saya dan salah seorang kawan karib saya... saling berjanji untuk tidak berkahwin.


Padahal, kawan saya ketika itu di antara yang selalu mendapat perhatian & surat peminat dari kalangan lelaki.


Tapi, akhirnya?
Sebaik sahaja menamatkan persekolahan menengah?


Kawan saya yang telah lama tak berhubung, telah tiba-tiba menelefon saya.
Dan dia telah menyatakan maaf kerana tidak dapat menunaikan janji.
Kerana seorang lelaki yang merupakan graduan universiti masuk meminang dirinya.


Dan dia sekeluarga telah menerimanya.


Saya sedikit tergelak.
Tak sangka janji itu masih diingatinya.


Apa yang jadi pada saya ketika itu?


Saya masih struggle dengan masalah kegemukan akibat selera makan yang besar. Seperti yang saya ceritakan di dalam entri sebelum ini. Untuk baca entri tersebut boleh KLIK SINI.


Dalam masa yang sama.
Saya membayangkan mungkin saya tak berpeluang untuk bertemu dengan lelaki yang menyukai saya. Seperti yang di alami oleh teman saya.


LELAKI IDAMAN TAK PATUT KACAK


Ketika saya bergelut dengan masalah kenaikan & penurunan berat badan yang terlampau kerap?


Ada di antara kawan saya yang juga berbadan gempal, berada di dalam satu relationship yang serius dengan seorang lelaki yang rupa parasnya cuma biasa-biasa.


Kawan saya itu, walaupun berbadan gempal tapi wajahnya persis gadis arab... Dan dia tidak menggunakan kelebihannya untuk menerima lelaki berupa paras yang menyukainya.


"Sebab... lelaki kacak kebanyakannya playboy" jawabnya memberi alasan bila di tanya kenapa menolak sebahagian lelaki.


Saya tak pernah dihampiri mana-mana lelaki. 
Lagipun, dengan latar pendidikan sekolah menengah agama menjadikan saya sangat tak terbiasa untuk berkawan baik dengan kebanyakan lelaki.


Pesan salah seorang guru.


"Tak mengapa menjual mahal pada lelaki.
Yang benar-benar serius, pasti dekati"


Dalam percaya tak percaya.
Saya cuba ikut nasihat itu.


Hasilnya?
Setiap kali berhadapan dengan lelaki.
Lagak saya seperti seorang yang sombong.


Kadang-kadang terfikir.


"Kalau macam nilah gaya... tak ada lelaki yang berani dekat"


Lebih memburukkan keadaan? 
Saya sangat tak konfiden dengan terutama dengan masalah kegemukan & penampilan diri.


Rasa-rasanya yang bermain dalam hati. 


"Pasti selamanya aku membujang..."


RAMAI RAKAN SEBAYA MENDIRIKAN RUMAH TANGGA


Di saat ramai dikalangan rakan sebaya mula sibuk mendirikan rumah tangga?


Allah saja tahu risaunya hati ni bila tahun berganti tahun.


Kakak & abang-abang kandung pula semuanya bernikah ketika masing-masing sekitar usia 23-25 tahun. 


Saya ketika itu, telah pun tamat pengajian di peringkat degree. 
Bukan setakat seorang fresh graduate. 
Hati ini juga sebenarnya masih fresh rasa terluka.


Sedangkan lelaki biasa-biasa boleh permainkan hati?


Bagaimana saya boleh meletakkan harapan untuk bertemu lelaki yang luar biasa sebagai jodoh?


Kalaulahh nak letak matlamat bertemu lelaki luar biasa atau biasa-biasa itu, rasanya mustahil?


Mungkinkah saja saya perlu bersedia menerima lelaki yang selalu di tolak ramai perempuan.


Saya fikir?


"Yalah, dah orang lain reject.
Mungkin di antara itulah yang saya patut terima?
Mungkin itulah jodoh saya?"


Betapa teruknya masalah rendah diri yang melanda diri saya ketika itu.
Terutamanya akibat dibelenggu masalah berat badan.


Dalam memberontak, hati cuba pasrah seandainya, suatu masa nanti kalau-kalau memang lelaki sebegitu yang selayaknya jodoh dari Allah untuk saya.


Setiap hari memujuk hati.
Setiap hari berdoa.


Dan...
Ketika itu saya cuba persiapkan fizikal & mental untuk sebarang kebarangkalian tentang jodoh yang bakal masuk.


DOA


Doa saya?

Biarlah bagaimanapun rupa lelaki itu?
Doa saya pada Allah... biarlah memandangnya menjadikan hati ini tenang.


Biarlah bagaimana tahap keserasian dengan lelaki itu?
Doa saya pada Allah... bantulah suburkan kasih sayang antara kami, keranaNya.


Biarlah apa pun sejarah lepas hidup lelaki itu?
Doa saya pada Allah... jadikan hati ini redha menerimanya, sama-sama perbaiki diri, malah... sama-sama sudi membina keluarga yang di berkati & diredhai Allah.


Biarlah lelaki itu mungkin tersangat jauh dari ciri-ciri lelaki yang pernah diidam-idamkan...

Doa saya pada Allah... semoga Allah jadikan hati ini sabar melayari bahtera perkahwinan di dunia. Dan semoga syurga FirdausNya kelak tersedia sebagai hadiah untuk saya. 


ANDALUSIA KAH AKU?


Pada tahun 2016.
Ketika itu.
Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi.
Maka, usia saya bakal mencecah 30 tahun.


Dalam hati jadi gusar teramat, rasa penantian untuk bertemu jodoh dirasakan hampir-hampir mustahil.


Saat tu, terbayang di pengakhiran hidup kelak bakal tinggal sebatang kara.


Andalusia kah gelaran aku nanti?
Anak.dara.lanjut.usia???


Na'uzubillah.


Hanya Allah yang tahu betapa keinginan untuk hidup bahagia & berkeluarga tak pernah padam. 


Tapi, waktu tu.
Saya tak dapat bayangkan.
Tak dapat terfikir bagaimana cara Allah aturkan seandainya ada jodoh yang sedang menanti.


Tak nampak di mana kebarangkaliannya akan berlaku.


Yang paling menakutkan, sebelum-sebelum ni... tak pernah sekali sepanjang hidup saya didekati lelaki yang betul-betul serius.


Terutama dari segi tindakan & tingkah lakunya.


Makin takut untuk terus memikirkannya.


Mungkin ada betulnya... dunia ni ketandusan lelaki yang baik.
Mungkinkah... takdir jodohku bukan di dunia?


Tak mampu saya nafikan.
Monolog dalam diri tak pernah terhenti.


Terfikir juga... ada kemungkinan ke semua ni berlaku sebab kata-kata sombong bongkak ketika dulu... konon-kononnya tidak ingin berkahwin?


Bila difikirkan tentang cerita gagal bersatu dengan orang yang diharapkan?


Aduhai... remuknya hati.


Harapan jadi semakin kabur.


REDHA & PASRAH


Sampai di satu peringkat hidup?
Saya fikir ada baiknya berhenti berfikir tentang jodoh.


Ada jodoh ataupun tidak?


Siapa saya hendak melawan takdir?



Untuk sampai ke peringkat redha dengan ketentuan jodoh dari Allah itu, bukanlah sesuatu yang mudah.


Kena banyak memujuk.
Kena banyak mendidik akal & hati.

Supaya sentiasa bersangka baik terhadap Allah. 


Akhirnya... bila sampai masanya?
Kerisauan itu beransur hilang.


Malah, segenap perasaan & tubuh badan bersedia menerima apa saja dariNya.
Lebih-lebih lagi takdir jodoh itu adalah sesuatu yang diluar kemampuan akal untuk menjangkakannya... 


JODOH YANG DINANTI


Saya selalu mendengar cerita.
Jodoh itu selalunya diluar jangkaan.
Ia datang tanpa disangka-sangka.


Akhirnya...
Di saat saya tekad untuk fokus memperbaiki diri & kehidupan.
Di saat saya cuba fokus membina kerjaya di negeri orang.


Allah telah pertemukan dengan seorang lelaki.
Seorang yang saya pernah kenal.
Pernah beberapa kali bertembung dengannya.
Cuma 2-3 kali dalam tempoh jarak masa bertahun lamanya.


Aturan pertemuan dari Allah cukup indah.
Kalau diceritakan, seolah-olah semuanya kebetulan.
Jalan ceritanya dari awal seperti kebetulan.


Tapi, saya sangat meyakini.
Tak ada kebetulan yang berlaku di dalam kehidupan.
Melainkan segalanya telah disusun secantik-cantiknya oleh Allah.


Alhamdulillah.
Semua berjalan sangat lancar.
Walaupun ada beberapa halangan yang menduga.
Segalanya diselesaikan & dipermudahkan Allah.


Sampai saat ini saya terfikir lagi.


Kalaulah manusia tahu kebaikan/kenikmatan yang Allah ingin beri di sebalik ujian yang bertimpa-timpa dalam kehidupan?


Sudah pasti semua manusia takkan pernah bersedih saat diuji.
Pasti, takkan ada air mata yang terbazir walaupun setitis.


Tapi, begitulah kehidupan.
Kadang-kadang Allah sengaja sembunyikan hikmah besar yang sebenar, untuk melihat siapa yang benar-benar meyakiniNya.


USAHA


Bila bercakap tentang jodoh?
Jangan sesekali ingat rupa paras & fizikal diri yang menentukan jodoh sepadan.


Seandai berasa diri tersangat kurang berbandingkan orang lain?
Jangan cuba membayangkan ketidakadilan dari Allah.


Sebaliknya?


Teruskanlah dengan usaha memperbaiki diri.
Carilah jalan penyelesaian terbaik.


Percayalah.


Allah selalu memberikan yang paling sesuai.
Selalu memberikan yang terbaik lagi tepat, mengikut keadaan semasa kita.


Kesimpulannya?


Berbadan gemuk bukanlah penyebab kepada tak berjodoh.
Tapi, alangkah lebih baik kalau kita berusaha untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat.


Sekaligus, memberi peluang kepada diri untuk hidup sihat & bahagia lebih lama di samping insan-insan tersayang.


InsyaAllah.


Hadiah Paling Berharga Dari Allah







1 FOKUS TERPENTING UNTUK KURUS, TAPI RAMAI SELALU ABAIKAN!

Tuesday, 19 February 2019


Kali ni, saya ingin berkongsi sedikit cerita & pengalaman. 
Bagaimana saya sebenarnya tak pernah berhenti 'bertarung' dengan masalah selera makan yang sangat besar.


Semuanya berlaku sejak kecil lagi.


Kerana masalah selera makan yang sukar dikawal, saya pernah mencecah berat badan berlebihan atau ditahap obes walaupun ketika itu saya masih lagi di peringkat sekolah rendah.


KETURUNAN GEMUK


Kalau diikutkan hampir kebanyakan di kalangan ahli keluarga meningkat dewasa dengan genetik gemuk. Terutama apabila telah mendirikan rumah tanga. Berbezanya, saya sejak kecil lagi bertubuh badan yang berisi & semakin menggemuk.


Jadi, gelaran gemuk melekat sejak dulu lagi.


Pada mulanya...


Saya tak ambil kisah dengan apa saja kata hina keji bentuk fizikal saya. 
Saya suka makan? 
Atau saya gemuk? 
Saya tak peduli. 


Yang penting saya tak kacau orang lain.


Tapi...


Akhirnya sampai satu tahap dalam kehidupan... 
Saya sedar saya perlu berubah demi masa depan saya. 
Demi kesihatan mental, fizikal & emosi saya.


Jadi, waktu tu saya tekad saya perlu kuruskan badan!


Supaya saya boleh mencipta kehidupan yang lebih berjaya & bahagia bersama insan-insan tersayang.


Sebagai seorang yang mempunyai selera makan yang sangat dah tinggi... 
Saya sangat-sangat faham CABARAN BESAR untuk kurus. 
Terutama dikalangan wanita yang mempunyai masalah yang sama.


Untuk kurus?
Saya harus kawal selera makan.
Dengan cara kurangkan kuantiti makanan.


Tapi, percayalah. 
Kerana terdesak untuk kurus? 
Saya telah bertindak secara extreme. 
Waktu itu, saya bukanlah bertindak kurangkan makan. 
Sebaliknya saya pilih jalan untuk langsung tidak menyentuh makanan!


Saya pilih untuk bermusuh dengan makanan!
(Walaupun sebenarnya terlalu cinta)


SELALU MENGELAK MAKAN


Cara extreme tu pernah berlanjutan dengan lancar.
Pernah diamalkan secara berterusan sehingga sebulan lebih.
Itu paling lama. 


Dan saya lakukan dengan cara melarikan diri setiap kali tiba waktu makan. Selalu memberi alasan untuk tak makan.


Kelebihannya?


Untuk pertama kali dalam hidup.
Memang berat badan saya mulai turun!
Sangat ketara.


Keburukannya?


KEBURUKAN TIDAK MAKAN (1)


Bila saya mula makan. 
Saya tak mampu berhenti di tahap kenyang yang sepatutnya. 
Saya tak tahu signal hampir kenyang.
Atau menandakan dah kenyang.


Walaupun bermula niat makan sekadar untuk 'merasa'... 
Akhirnya sayalah orang yang menghabisi segala makanan setiap kalinya terhidang.


Saya jadi seorang yang pelahap.
Seperti seorang yang tengah kebuluran.


Berat badan pernah naik mendadak semula (lebih kurang 7kg) dalam tempoh seminggu setiap kali saya kembali makan atau selepas lama berlapar.


Mungkin kesan disebabkan masalah 'water-retention'.
Tapi, muka jadi sembab bulat.
Badan membulat sehingga berasa sangat tidak selesa.


Begitulah yang berlaku kepada saya. 
Berulang-ulang kali.


Berlapar sekurang-kurangnya seminggu.
Kemudian, tewas & mula makan semahu-mahunya.


Seringkali saya akan menyesal.
Dan terus cuba untuk berlapar lagi.


Keadaan yang berulang-ulang berlaku ini sebenarnya sangat buat jiwa tertekan.


Sebab?


Saya betul-betul nak kurus.
Tapi, saya sangat suka makan.
Suka makan banyak-banyak sampai saya berjanji takkan makan sebanyak tu lagi.


Dan selalunya?
Janji tu tak pernah ditepati.


Saya sedar betapa extreme gaya pemakanan saya. 
Saya tahu saya akan ditegur. 
Saya nak ubah, tapi tak tahu bagaimana caranya.


Jadi, saya semakin jarang join makan bersama keluarga. 
Malah, saya selalu mengelak untuk makan bersama kawan-kawan.


Sebab?


Saya tahu bila saya mula makan, saya tak mampu berhenti di tahap yang normal. 


Keburukannya lagi?


KEBURUKAN TIDAK MAKAN (2)


Sebenarnya setiap kali fasa bertahan lapar & sekadar minum air? 
Saya selalu berasa lesu yang keterlaluan.


Hidup saya hanya berkisar...


TAKUT GEMUK

TAK MAHU GEMUK
KENA TAHAN DARIPADA MAKAN


Penat dengan cycle kehidupan macam tu.
Penat ketakutan menjadi gemuk.
Penat merasa down & menyesal setiap kali makan.


Penat berasa sebagai SEORANG YANG TIDAK NORMAL!


Ya, betul.
Betul saya semakin kurus. 


Walaupun orang sekeliling pun mula sedar dengan perubahan berat badan saya? 


Hilang hampir 30kg secara keseluruhannya.


Tapi saya masih takut makan kerana kenaikan berat badan boleh mendadak semula.


MAKAN BANYAK TAPI TAK GEMUK


Itu kata orang.
Padahal sebenarnya naik selalu mendadak.
Malah turun naik berat badan seperti yo-yo.



Akhirnya bila beberapa orang menegur keadaan saya kurus seperti seorang penagih dadah... Saya juga digelar skeleton atau tulang di dalam keluarga.. Pernah juga dipanggil jerangkung dalam almari...



Saya mula makan lagi.
Kembali sebagai pelahap.
Malah, waktu tu hampir semua menyokong saya untuk makan dengan banyaknya.


Memang agak pelik sebab dalam tempoh nak naikkan berat badan ketika itu tak secepat seperti sebelum-sebelumnya.


Saya di katakan membela SAKA. 
Dalam nada gurau atau tidak puas hati. 
Sebabnya walaupun makan banyak, tapi berat badan tak naik-naik.


Hakikatnya berat badan sedang menaik, tapi kenaikan yang berlaku belum cukup membuatkan saya untuk kelihatan lebih berisi.


Saya sudah penat sangat berada dalam fasa semacam ni.


Walaupun gelaran gemuk sudah lama tak kedengaran? 
Saya penat untuk struggle kuruskan badan dengan cara tu.


Jadi, saya bertekad untuk cuba lagi alternatif lain untuk kurus seperti:


1. Lotion panas untuk kurus

Saya guna dengan kuantiti agak banyak.
Demi melihat kesan kurus yang cepat. 
Sehingga pedih kemerah-merahan kulit akibat panas.
Boleh kurus ke dengan lotion? 
Setakat ni bermacam lotion kurus yang saya pakai. 
Belum ada satupun menunjukkan hasil. 
Berat badan macam tu jugak. 
Makin menaik, tak terkawall


2. Teh detox untuk kurus

Teh kurus yang saya minum, kesannya?
Saya kerap ke toilet seperti orang cirit birit. 
Bermacam jenis teh detox yang saya cuba. 
Natijahnya, masalah usus saya semakin memburuk. 
Setiap kali nak membuang mesti rasa takut. 
Pasti memulas. 
Yang akhirnya memberi kesan yang menyakitkan!


3. Bersenam secara aktif

Untuk orang seperti saya? 
Bersenam secara biasa-biasa tak memberi sebarang kesan. 
Walaupun berjogging selama setengah jam.
Belum tentu badan saya mengeluarkan peluh yang diharapkan. 
Sejak kehilangan berat badan yang banyak? 
Saya jarang berpeluh. 
Susah nak berpeluh. 
Hanya dengan berlari laju untuk tempoh berjam sahaja akan membuatkan saya berpeluh lenjun. 


Sayangnya... saya tak boleh konsisten dengan senaman larian. 
Seluruh badan selalu berasa sakit. 
Kadang-kadang seminggu jalan terhencot-hencot. 
Seorang khayla tekad tak nak alami rasa sakit-sakit semata-mata nak kurus. Ketika itu, saya perlu hadiri kuliyah setiap hari. 
Keadaan sakit-sakit sangat mengganggu fokus pembelajaran.


4. Pil Kurus

Saya pernah membeli kombinasi set pil kurus satu jenama yang ketika itu sangat hangat dipasaran. Mencecah ribuan ringgit telah saya habiskan. Bila habis, saya pasti restock pil untuk beberapa kali.

Namun akhirnya?? 

"Akhirnya duit banyak terbuang, untuk kekal kurus itu cuma khayalan."


FOKUS PADA MASALAH SEBENAR


Nampak gaya, cara bertahan lapar lebih cepat untuk kurus. Dan masalah selera makan yang tinggi tu tak pernah selesai.


Saya mula sedar. 
Masalah yang sangat mengganggu niat saya untuk kurus adalah kerana: SELERA MAKAN YANG TINGGI.


Bila tak makan sebenarnya, badan sangat mudah lesu. Mood selalu terganggu. Bila ada masalah sikit, mesti rasa nak marah-marah. Susah nak bersabar!


JODOH MEMBUKA MATA

Ketika hampir melangkah ke alam perkahwinan... saya mula sedar sesuatu. Lelaki idaman saya telah tertarik hati pada saya yang sebenarnya waktu itu agak berisi daripada kebiasaan.


Rupa-rupanya... bukan faktor kurus yang menjadi ukuran untuk dia memilih jodoh. Katanya tak perlu terlalu kurus. TAK PAYAH fikir kurus. Tentang berat badan? Cukuplah dengan menjaga tubuh badan agar sihat & ingin melihat saya tersenyum ceria.


Serta merta, saya tahu apa yang saya perlu fokus itu bukan lagi masalah nak kuruskan badan.


Tapi saya perlu cari penyelesaian TERBAIK & BERKESAN untuk kawal selera makan yang tinggi. Kerana itulah masalah saya: yang menyebabkan berat badan mendadak setiap kali selera makan tak terkawal.


Daripada pengawalan selera makan, gaya & tips pemakanan yang lebih sihat.. saya kini mendapat berat badan yang lebih ideal.


Apa yang paling saya syukurkan?


Saya telah bertemu FORMULA betul-betul berkesan untuk kawal selera makan, sekaligus membantu saya elak rasa lesu & cepat lapar.


MEMBANTU LEBIH RAMAI WANITA


Kerana keberkesanan itulah... saya rasa terpanggil untuk membantu bagi yang mempunyai masalah yang sama dengan saya- terutamanya dikalangan wanita.


Teruja sebenarnya kerana... saya telah diberi ilham & peluang untuk bantu lebih ramai dalam mengatasi masalah yang sering membelenggu diri & dapatkan berat badan yang ideal.


Hari ini... khayla  SECARA RASMI membuka peluang seluas-luasnya kepada sesiapa yang nak dibimbing & mendapat saranan cara berkesan untuk kawal selera makan sekaligus mendapat berat badan yang kurus & ideal. 


Anda juga akan dapat guide secara teratur bagi membantu anda berada dalam 'track & cara' yang membantu berikan kesan.

KURUS DENGAN KAWALAN SELERA MAKAN



Boleh click link di bawah untuk terus whatsapp. 





p/s: pada  yang telah pm khayla, terima kasih & harap dapat bersabar. Khayla  akan membalas setiap pm anda secepat mungkin. ❤️

 
Copyright © KHAYLA JAYYID | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in